Solat sunat awwabin yaitu hifzul iman (memelihara iman)

Solat sunat awwabin yaitu hifzul iman (memelihara iman), makna perkataan awwabin dalam istilah bahasa arab ialah orang yang sentiasa bertaubat.

Solat antara maghrib dan isyak, selepas solat maghrib maka teruskan solat sunat awwabin tanpa bercakap selepas solat fardhu maghrib. Dikerjakan dengan 6 rakaat dan tiga salam:

Pertama, baca al fatihah dan surah al ikhlas enam kali, surah al falaq sekali dan surah an nas sekali didalam rakaat pertama dan rakaat kedua selepas itu disudahi dengan salam.

Kedua, baca al fatihah dan surah pilihan pada rakaat pertama dan kedua kemudian disudahi dengan salam.

ketiga, baca al fatihah dan surah al kafirun pada rakaat pertama dan alfatihah serta surah al ikhlas pada rakaat kedua dan disudahi dengan salam.

solat sunat awwabin ni ialah solat sunat untuk menjaga dan memelihara keteguhan iman serta menghapuskan dosa.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

“Sesiapa yang melakukan solat enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel